Info Jenayah : 78,000 Lesap,Disamun 3 Lelaki berparang


Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 58 tahun yang juga ejen umrah kerugian RM78,000 apabila disamun sekumpulan tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Kampung Padang, Jalan Gombak, Setapak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa baru tiba di rumahnya sebelum disamun kumpulan terbabit.


Menurut sumber, ketika mangsa sedang keluar daripada kenderaannya, dia ada melihat sebuah kereta Proton Waja berwarna perak berhenti berhampirannya.

“Tiga lelaki bersenjatakan parang kemudian keluar dari kereta itu dan terus meluru ke arah mangsa sebelum meletakkan parang pada leher mangsa.


“Kumpulan itu kemudian merampas beg sandang dibawa mangsa sebelum mereka bergegas meninggalkan mangsa,” katanya.


Sumber itu berkata, dalam kejadian itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.


Dalam laporannya, mangsa mendakwa dia mengesyaki kumpulan terbabit sudah mengekorinya sejak beberapa hari lalu sebelum menyamunnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu, siasatan lanjut sedang dilakukan.

Related

perompak 8684780270555016503

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item