Info Jenayah : 73 Maut Dalam Serangan Bom



Baghdad: Beberapa siri serangan termasuk pengeboman membunuh 73 di beberapa lokasi di Iraq ketika kumpulan militan terus menawan lebih banyak kawasan daripada pasukan kerajaan dalam krisis melanda wilayah Anbar.

Sembilan serangan bom berlaku dengan menyasarkan orang awam di kawasan majoriti Syiah dan mengorbankan 37 orang.

Satu daripada serangan itu dilancarkan di sebuah pasar yang sesak di kawasan Shaab, manakala satu lagi bom diletupkan di luar sebuah restoran di Jalan Sanaa mengakibatkan lima maut.

Saksi berkata, tingkap di kawasan berkenaan berkecai dan siling restoran berlubang.

Serangan di Baghdad mungkin menjadi lebih buruk jika polis tidak sempat menahan empat suspek pengebom berani mati - didakwa warga asing dari Arab - sebelum sempat mereka meledakkan kenderaan masing-masing.


Tiada butiran lanjut diberikan mengenai dakwaan itu.


Sementara itu pihak polis enggan mendedahkan identiti pengganas yang ditangkap di empat perkampungan Syiah berasingan di wilayah Anbar.

Related

serangan bom 3337771902800315499

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item