Tikam Ibu Hingga Mati Kerana Dadah
https://infojenayah.blogspot.com/2016/10/tikam-ibu-hingga-mati-kerana-dadah.html
AMPANG: Seorang lelaki yang dipercayai berada bawah pengaruh dadah, dilaporkan menikam ibunya di sebuah pangsapuri di Bukit Indah, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, suspek berusia 23 tahun itu kemudian ke Balai Polis Bukit Indah untuk menyerah diri. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata ketika menyerah diri, suspek tiba-tiba mengamuk dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang pendek. "Kita dapat menahan suspek berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Beliau berkata, polis ke rumah suspek dan menemui mangsa berusia 49 tahun berlumuran darah di ruang tamu. Hasil siasatan, katanya, polis menemui beberapa kesan tikaman di badan dan leher mangsa.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198703