Tayar 12 Kenderaan Pengunjung Cameron Highland Dibocorkan (Gambar)

IPOH : Lagi kejadian tayar dibocorkan membabitkan 12 kenderaan dipercayai dilakukan sekumpulan individu yang berang dengan tindakan pemilik kenderaan menghalang laluan di sekitar pekan Brinchang, Cameron Highlands, semalam. Dalam kejadian antara jam 3 hingga 5 pagi Ahad itu, semua tayar kenderaan itu dipercayai dibocorkan dengan menggunakan senjata tajam bagi mengeluarkan angin tayar kenderaan yang diletakkan di kawasan tidak sepatutnya.   

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, pihaknya sudah menerima dua laporan polis daripada pemilik kenderaan berkenaan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.   Katanya, siasatan awal mendapati semua kenderaan itu dipercayai menghalang laluan sehingga menyebabkan kemarahan penduduk setempat kerana tidak dapat mengeluarkan kenderaan mereka.   "Siasatan masih dijalankan dan tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dilakukan namun polis menasihatkan pelancong yang datang ke Cameron Highlands supaya meletakkan kenderaan mereka di tempat yang sesuai supaya tidak menghalang laluan.

  "Polis juga menafikan viral yang kononnya perbuatan itu dilakukan pemilik kedai tayar yang ingin mendapatkan untung dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini. Pada Februari lalu, kejadian sama berlaku membabitkan kira-kira 20 kenderaan pengunjung yang meletakkan kenderaan mereka di tempat tidak sepatutnya.












Related

perbuatan khianat 48956735097524046

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item