Anak Sasterawan Negara cedera ditetak

SEREMBAN: Seorang penulis novel yang juga anak Sasterawan Negara, serta anak lelakinya, cedera ditetak penyamun yang memecah masuk rumah mereka di Lavender Heights, Senawang di sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, anak kepada Datuk Abdullah Hussain, Ahmad Patria, 48, dan anaknya yang berusia 16 tahun, cedera pada tangan dan kepala, selepas bergelut dengan tiga suspek. 

Timbalan Ketua Polis Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud, berkata terdahulu mangsa yang tidur di ruang tamu menyedari ketiga-tiga suspek memasuki rumahnya dan menjerit menghalau mereka sambil mengarahkan isterinya menghubungi polis. "Mangsa kemudian bergelut dengan ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang sebelum anaknya datang membantu. "Isteri mangsa sempat menghubungi polis dan membunyikan siren keselamatan menyebabkan kumpulan suspek melarikan diri," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, siasatan mendapati kumpulan suspek memasuki rumah itu selepas memotong jeriji tingkap hadapan rumah berkenaan.


Kredit : http://www.bharian.com.my/node/198263

Related

Jenayah Tempatan 2443622604945513509

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item