2 Pelajar Lelaki Rogol Pelajar Tingkatan 1 Di Dalam Stor- DIkenakan Tindakan Tegas
https://infojenayah.blogspot.com/2016/10/2-pelajar-lelaki-rogol-pelajar.html
MELAKA: Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Pendidikan mengambil tindakan terhadap pihak berkaitan termasuk pengetua berhubung kejadian pelajar perempuan Tingkatan Satu dipercayai dirogol dua pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Jasin, dekat sini, Selasa lalu.
EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Wira Md Yunos Husin, berkata seorang pengetua sebagai pemimpin tertinggi institusi pendidikan sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan warga sekolah termasuk pelajar, bukan mengambil sikap sambil lewa. "Saya minta Pengarah Jabatan Pendidikan negeri (Abu Bakar Sahari) mengambil tindakan tegas kepada pihak tertentu termasuk pengetua.
Di dalam kawasan sekolah, tanggungjawab menjaga keselamatan sekolah adalah pengetua. "Sebagai pengetua, kita mesti bertanggungjawab dan bukan sebaliknya memberikan alasan tidak tahu," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kejadian berkenaan, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) 2016 ke-41 peringkat negeri, di sini.
Md Yunos berkata, dua pelajar lelaki itu sudah ditahan reman pihak polis, kelmarin bagi membantu siasatan kejadian terbabit manakala pelajar perempuan berusia 13 tahun kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selasa lalu, pelajar perempuan berkenaan dipercayai dirogol di sebuah bilik stor di sekolahnya oleh dua pelajar lelaki, masing-masing berusia 14 dan 15 tahun yang juga dari sekolah sama. Sementara itu, Abu Bakar ketika dihubungi BH berkata, pihaknya sedang membuat siasatan dalaman mengenai kes berkenaan seperti yang diarahkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. "Bagi perkembangan terkini, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin bersama pengetua juga sudah melawat keluarga mangsa," katanya.
Kredit : Berita Harian