Tempatan : Mayat Dijumpai Di Pulau Aceh
https://infojenayah.blogspot.com/2014/09/tempatan-mayat-dijumpai-di-pulau-aceh.html
ROMPIN – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di perairan Pulau Aceh, di sini, kira-kira 2.5 kilometer di bahagian selatan pulau berkenaan oleh seorang pemancing yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, maklumat berkaitan penemuan mayat tersebut diterima dari Balai Polis Endau, dekat sini kira-kira jam 10.20 pagi semalam dan Bilik Gerakan IPD Rompin telah mohon bantuan mencari.
“Pada jam 11.45 pagi tadi (semalam), anggota Maritim yang menerima maklumat dari bilik gerakan kebetulan berada di kawasan berkenaan telah menemui mayat tersebut dan diserah kepada polis di Jeti Marina, Tanjung Gemok untuk siasatan lanjut.
“Mayat lelaki itu ditemui berpakaian lengkap seluar jean, baju T hitam manakala dalam poket seluarnya terdapat dompet yang juga berisi kad pengenalan dan wang ringgit,” katanya.
Menurut Johari, berdasarkan maklumat pada kad pengenalan, mangsa bernama Mohd Hanafi Haron, 25, berasal dari Kampung Pantai Peranginan Chendering, Terengganu tetapi tinggal di Kampung Bahagia, Mersing, Johor.
“Melalui dua alamat ini, kami telah menghubungi Balai Polis Chendering dan Mersing, waris mangsa juga berjaya dijejaki,” katanya.
Lapor : Sinar Harian