Info Jenayah : Polis Cedera Dipukul Kumpulan Samseng

Gambar Hiasan
Nibong Tebal : Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dipukul hingga cedera apabila cuba meleraikan pergaduhan antara 2 kumpulan samseng di sebuah pusat hiburan di Tambun.

Akibat serangan tu, Goh cedera di muka, retak pergelangan tangan kanan dan menerima empat jahitan di jarinya dan sehingga petang semalam, dia masih menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap.

Sarjan Goh Boon Hong,33 bergegas ke sebuah pusat hiburan bersama tiga anggota lain apabila menerima panggilan mengatakan ada sekumpulan lelaki bergaduh. Dia yang pada mulanya fikir berjaya dapat menenangkan kumpulan tesebut namun tiba-tiba satu kumpulan tersebut menerpa ke arahnya dan membelasah Goh. Namun dia bernasib baik apabila anggota lain meleraikan daripada Goh terus dibelasah.

“Nasib menyebelahi saya apabila tindakan pantas rakan setugas menyelamatkan saya daripada terus dipukul kumpulan berkenaan,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah di wad Hospital Sungai Bakap, petang semalam.

Dalam kejadian tersebut 4 lelaki ditahan dalam beberapa sebuan di Tambun. Beberapa senjata seperti kayu dan topi keledar di rampas.

Related

polis dibelasah 6816649866456331639

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item