Info Jenayah : Mayat Lelaki Dengan Tangan Terikat




KUALA LUMPUR - Mayat lelaki, dengan tangan terikat ke belakang, ditemui terapung dalam kawasan tadahan atau longkang berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Kepong ke Batu Caves di Gombak bari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat tanpa pengenalan diri itu ditemui separuh bogel dengan tiga kesan tetakan iaitu di belakang badan, bahu kanan dan kepala.

"Kita belum kenal pasti bangsa dan umurnya. Berdasarkan fizikal badan mayat yang ditemui kembung dan berbau, dipercayai mangsa mati lebih dua hari lepas.

"Mayat itu ditemui kira-kira pukul 1.15 petang tadi oleh seorang juru ukur yang terlibat dalam kerja-kerja pembesaran jalan di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - Bernama

Related

pembunuhan 1870200095244646563

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item