Info Jenayah:Curi Motosikal, Pelajar Ditahan


Pelajar diberkas curi motor Chang Keong (kanan) bersama pegawai penyiasat menunjukkan rangka
motosikal dan komponen kenderaan terbabit yang ditemui di premis milik suspek kes curi motosikal di daerah Ipoh IPOH –

Tiga remaja berusia bawah 18 tahun diberkas polis kerana disyaki mencuri motosikal baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kesemua suspek masih bersekolah dan mereka ditangkap di Kampung Seri Kinta pada 20 Ogos lalu. “Serbuan polis ke premis suspek, kita berjaya menjumpai dua rangka motosikal termasuk komponen motosikal yang disyaki barang curi termasuk




peralatan mencuri yang disimpan di dalam beg. “Kita juga sedang mengadakan siasatan lanjut sama ada mereka juga terlibat dengan lain-lain kes curi motor di sekitar daerah ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di IPD Ipoh, semalam.

 Sementara itu, dalam kes berasingan, Chang Keong menyatakan polis turut berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan kereta di Bandar Baru Medan Ipoh. “Lebih kurang pukul lima petang, anggota yang sedang membuat rondaan di Taman Puncak Jelapang ternampak sebuah kenderaan yang mencurigakan dan ketika cuba menahan, kedua-dua suspek bertindak memecut sebelum terbabas di Jalan Puncak Jelapang. “Seorang suspek berjaya diberkas manakala seorang lagi berjaya melarikan diri dan pemeriksaan lanjut menjumpai dua bilah parang, pemutar skru, pita pelekat, topeng muka serta kunci di dalam beg tempat duduk belakang kereta. “Hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu dan ia turut bersangkut dengan salah satu laporan kehilangan kenderaan di Balai Polis Sungai Senam yang dilaporkan hilang 8 Ogos lalu,” katanya. Chang Keong berkata, suspek kedua berjaya ditangkap di Buntong satu jam berikutnya dan kedua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sehingga 24 Ogos ini. “Suspek pertama berumur 23 tahun dan beralamat terakhir di Taman Wing Onn namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau. “Suspek kedua berusia 31 tahun mempunyai dua rekod lampau iaitu Seksyen 457, 304 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

 SUMBER : sinar harian

Related

pencuri motor 7795031289758048995

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item