Terkini! SPRM Rampas RM 52 Juta , 30 Anggota Ambil Masa 15 Jam Untuk Kira





KOTA KINABALU, 5 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas sejumlah RM52 juta wang tunai dipercayai hasil aktiviti rasuah membabitkan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan di Sabah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Bakri, rampasan wang tunai itu merupakan rampasan terbesar yang pernah dilakukan SPRM dalam tempoh 49 tahun.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak RM45 juta dirampas daripada pengarah terbabit manakala RM7 juta lagi dari timbalan pengarah.

"Kesemua wang tunai itu dirampas di pejabat dan rumah kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu.

"Wang tunai itu juga memerlukan masa selama 15 jam untuk dikira membabitkan seramai 30 anggota," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat menilai jumlah keseluruhan barang kemas yang turut dirampas.

Sementara itu, BH Online melaporkan antara barang yang dirampas termasuk barangan mewah, barang kemas dan juga kenderaan mewah pengarah dan timbalan di Sabah.

Sumber : Kosmo! 

Related

rasuah pengarah air sabah 5454529839354444596

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item