Pusat Mesin Judi Diserbu, 7 Ditahan



ALOR SETAR: Polis Kedah menyerbu sebuah premis yang dijadikan pusat judi berkomputer di Taman Desa Aman, dekat Karangan, Kulim, kelmarin. Serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri yang diketuai Asisten Superintendan Rosli Hanafi jam 11.15 malam itu menyaksikan tujuh individu ditahan termasuk seorang penjaga premis.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata selain tujuh individu berusia antara 17 hingga 50 tahun itu, pihaknya turut merampas pelbagai barangan digunakan untuk tujuan perjudian termasuk beberapa set komputer, modem, alat WiFi dan router serta wang tunai RM600. "Berdasarkan maklumat, kita yakin kegiatan ini sengaja beroperasi di bangunan kedai teres tanpa bekalan elektrik yang kelihatan seakan-akan tidak berpenghuni untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. "Ketika diserbu, premis berkenaan ditutup rapat dengan pelanggan masuk melalui pintu belakang. "Semua mesin judi yang ditemui aktif dimainkan manakala bekalan elektrik dikesan diperoleh melalui penyambungan haram," katanya dalam kenyataan di sini, tengah malam tadi. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, selain Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai bekalan elektrik secara sambungan haram.



Sumber : Berita Harian

Related

pusat judi diserbu 7670934527732271848

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item