Polis Buru Suspek Kes Samun




KOTA BHARU: Empat suspek dikehendaki polis bagi membantu menyelesaikan kes berkaitan samun berkumpulan serta jenayah kekerasan yang berlaku di Kelantan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman, berkata antara suspek yang dikehendaki ialah anggota Geng Eva serta Geng Buyong. "Tiga suspek anggota Geng Eva yang dikehendaki sejak 2015 dipercayai melakukan samun berkumpulan dengan menggunakan kenderaan mewah jenis Toyota Estima, Toyota Vellfire dan Toyota Alphard. 

"Mereka dikenali sebagai Chew Kin Boon, 46, Loke Schieu Joe, 38, dan seorang warga Indonesia Musramy Ahmad, 52. "Seorang lagi suspek dikenali sebagai Mohd Al Badawi Ab Kadir, 29, turut dikehendaki sejak tahun 2012 kerana terbabit dalam kes jenayah kekerasan selain Geng Buyong," katanya. Mohamad Fakri berkata, polis Kelantan memohon kerjasama masyarakat agar tampil menyalurkan maklumat jika mengetahui lokasi suspek berada bagi membantu melengkapkan siasatan. "Jika terdapat sebarang maklumat, boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kes Jabatan Siasatan Jenayah D7 Asisten Supritendan Polis (ASP) Robert Ewin Anak Peter Raig di talian 09-7455622," katanya.

Sumber: BH Online

Related

suspek kes samun 3228116075755642484

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item