35 Terbunuh Serangan Bom Di Masjid

ISLAMABAD, 30 Januari:

Angka korban akibat letupan di sebuah masjid di selatan Pakistan, pada Jumaat, meningkat kepada 35 orang.
Timbalan Ketua Polis Shikarpur, Sain Rakhio Mirani berkata, mayat 31 mangsa dibawa ke Hospital Awam di Shikarpur, manakala empat lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital di Bandar Sukkur.
Ketika kejadian, ratusan umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid Syiah di Bandar Shikarpur, Wilayah Sindh, kira-kira 470 kilometer dari utara Karachi.
Saksi, Zahid Noon memberitahu AFP, ratusan orang bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bumbung masjid, selepas letupan bom berlaku.
Pegawai polis kanan di Shikarpur, Abdul Quddus berkata, siasatan awal menunjukkan ia adalah serangan berani mati.

Ini adalah serangan maut terburuk di Pakistan, sejak 22 Januari 2014, apabila 24 orang Syiah yang pulang dari Iran terbunuh, selepas bas mereka diletupkan di Wilayah Baluchistan.
Serangan anti Syiah semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun ini di Karachi, Quetta, Parachinar dan Gilgit.
Kira-kira 1,000 orang Syiah terbunuh di Pakistan, sejak dua tahun lalu, dengan kumpulan Lashkar-e-Jhangvi mengaku bertanggungjawab melakukan kebanyakan serangan itu.
Pakistan bertindak meningkatkan serangan terhadap kumpulan militan, selepas sekumpulan penembak dan pengebom berani mati menyerang Sekolah Awam Tentera di Peshawar, pada 16 Disember lalu yang meragut 150 nyawa, termasuk 134 kanak-kanak.

Related

Jenayah Antarabangsa 527535172390267693

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item