Di Sahkan : Letupan Berpunca Dari Peluru Berpandu Anti Keretakebal


GURUN – Polis Kedah mengesahkan bom yang meletup di sebuah rumah di Taman Ria Mesra 2 di sini, Rabu lalu adalah dari jenis pelancar roket anti kereta kebal.
Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusoff, turut mengesahkan bom dengan saiz kaliber 84mm milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibawa pulang anggota tentera yang terbunuh, sebelum dipotong untuk mengambil komponen logam berharga di dalamnya.
“Setakat ini kita bekerjasama rapat dengan pihak ATM untuk mengenal pasti bagaimana bom itu boleh dibawa pulang anggota tentera berkenaan dari kem latihan di Gurun, kerana tindakan itu sememangnya salah.
“Malah kita percaya bukan sebiji bom sahaja yang meletup, tetapi kemungkinan besar lebih daripada satu…namun siasatan mengenainya masih dijalankan,” katanya.
Terdahulu, beliau meninjau lokasi kejadian di Taman Ria Mesra 2, di sini, lapor BH Online.

Related

Jenayah Tempatan 6105617410676431418

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item