Tempatan : 2 Beranak Parah Di Tetak




Kota Bharu  - Dua beradik cedera di tangan dan jari kiri dalam kejadian tetak di Jalan Wakaf Che Yeh-Salor, di sini, 
petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, kereta jenis Volvo dipercayai mengejar kereta jenis Perodua Kancil 
sehingga ke hadapan stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kereta Volvo berkenaan kemudiannya melanggar Perodua Kancil dari belakang ketika berhenti di persimpangan lampu 
isyarat.

Saksi yang enggan dikenali berkata, ketika berhenti di hadapan bangunan RTM, kereta Volvo dinaiki dua beranak,
 remaja berusia 20-an dan lelaki berusia lingkungan 50-an, melanggar kereta Perodua Kancil yang dinaiki dua lelaki
 berusia dalam lingkungan 20-an.

Akibat pelanggaran itu, dua lelaki dalam kereta Perodua Kancil turun dengan membawa parang dan terus meluru
 ke arah kereta Volvo itu, seterusnya berlaku perbalahan mulut sehingga membawa kepada kejadian tetak-menetak.

“Saya tidak pasti sebab mereka berbalah. Pada mulanya, saya ingat hanya kemalangan, namun sebaliknya ia 
berlarutan sehingga tetak-menetak.

“Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu-lintas kerana pengguna jalan raya terpaksa berhenti selama sejam.

“Polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan mangsa dipercayai dibawa ke hospital untuk 
rawatan lanjut,”katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kita masih berusaha mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related

Jenayah Tempatan 6378543703010957049

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item