Setempat : Mayat Mangsa Pembunuhan Dalam Kereta Terbakar


Banting: Kecurigaan seorang penduduk melihat sebuah kenderaan rentung dihurung lalat akhirnya terjawab apabila dia menemui mayat yang hanya tinggal rangka di tempat duduk bahagian pemandu kenderaan berkenaan dalam kejadian di Jalan Rancangan Tanah Liat, Bandar Saujana Putera, dekat sini, pagi semalam. 

 Sejurus menemui mayat dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, saksi berkenaan bergegas ke Balai Polis Sungai Mas, Sepang untuk melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa. Berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis dari balai berkenaan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mereka mengesahkan terdapat mayat individu tidak dikenali dalam kenderaan itu. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak berkata, polis percaya mangsa dibunuh dan mayatnya dibakar dalam usaha mengelak identitinya dikenal pasti. 

 Azman berkata, siasatan awal polis melalui nombor kenderaan berkenaan mendapati ia adalah milik seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dipercayai seorang pemandu teksi yang dilaporkan hilang oleh keluarganya tiga hari lalu dan menetap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, katanya, polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti identiti sebenar mangsa yang ditemui mati dalam kereta berkenaan. Menurutnya, polis terpaksa menunggu hasil laporan bedah siasatan dan laporan forensik kerana mayat mangsa sudah rentung sepenuhnya.

Lapor : Harian Metro

Related

Jenayah Tempatan 103656580598217572

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

info jenayah

Facebook

Tentang Kami

Blog Info Jenayah merupakan sebuah laman web yang memaparkan isu jenayah yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara. Selain itu blog ini juga akan memaparkan tentang cara mencegah jenayah.


TERUSKAN BERSAMA INFO JENAYAH

Bilangan Pelawat

item