Kemalangan : Tragedi Bot Panjang Karam
https://infojenayah.blogspot.com/2014/01/kemalangan-tragedi-bot-panjang-karam.html
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu.
Beliau berkata, bot itu dipercayai terbalik selepas dipukul gelombang besar berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro.
“Ketika kejadian, bot panjang berkenaan membawa 27 penumpang dari Kampung Tekajong yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saie.
“Bot panjang berkenaan milik persendirian membawa penumpang dari Kampung Tekajong dan Kampung Saei di Pulau Bruit.
“Gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan untuk mengesan sembilan yang hilang,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, petang semalam.
Bagaimanapun, semalam identiti tiga mangsa yang lemas masih belum diperoleh, namun difahamkan semua mangsa adalah wanita.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Norhisham Mohamad berkata, sehingga jam 5 petang semalam, tiga mayat baru dijumpai dan identiti belum diketahui.
Katanya, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang sudah dilancarkan.
“Pihaknya turut meminta bantuan helikopter dari Unit Udara Bomba dan Penyelamat bagi memudahkan gerakan mencari dan menyelamat,” katanya. Lapor -Hmetro