Kemalangan : Kereta Bertembung Dengan Van
https://infojenayah.blogspot.com/2014/01/ipoh-dua-lelaki-dan-seorang-wanita.html
Ipoh : Dua lelaki dan seorang wanita terbunuh apabila van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Kuala Kangsar-Lenggong dekat Sauk di Kuala Kangsar pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohamad berkata kemalangan 6.20 pagi itu menyebabkan pemandu van Rosmainiezal Mat Ani, 37, dan rakannya Syed Idris Syed Nordin, 42, kedua-duanya dari Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar serta pekerja kilang Aminah Kamaruddin, 53, dari Kampung Batu Dinding, Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku apabila van itu yang dari arah Gerik ke Kuala Kangsar bertembung dengan sebuah kereta Toyota Camry dari arah bertentangan. Sebuah motosikal dari hala sama dengan van pula melanggar kereta itu setelah tidak sempat mengelak kenderaan itu, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Akibat kemalangan itu, tiga penumpang lain di dalam van yang membawa pekerja-pekerja kilang iaitu Mastura Ali, 47, dari Kampung Biong, Sauk dan Sarina Ibrahim, 35, berasal dari Kampung Tengah, Sauk cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala Norzakiah Awang, 48, dari Kampung Batu Dinding di Lenggong dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Beliau berkata pemandu kereta itu yang tidak dikenal pasti identitinya juga menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar manakala penunggang motosikal hanya mengalami cedera ringan.Abdul Ghaffar berkata sejurus selepas kemalangan itu, pemandu kereta berkenaan meninggalkan tempat kejadian
Credit: hmetro