TRAGEDI : Empangan Cameroon Highland Melimpah
https://infojenayah.blogspot.com/2013/10/tragedi-empangan-cameroon-highland.html
Banjir Lumpur, 2 Maut, Seorang Hilang, 80 Rumah Dihanyutkan Di Cameron Highlands
Banjir lumpur berlaku akibat air empangan di Ringlet yang terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.
KEADAAN kawasan sekitar tebing Sungai Bertam
dekat Ringlet, Cameron Highlands selepas dilanda banjir mengakibatkan pekerja
warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.
Cameron Highlands: Dua
pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang
dalam kejadian banjir di sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet dekat sini.
Jurucakap Ibu Pejabat Ppolis Daerah Cameron Highlands berkata, setakat ini mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.
Beliau berkata, kejadian jam 1 pagi tadi berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat.